Tuesday, June 10, 2008

Sahabat Menuju Islam

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"(H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? S
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
*Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
Sahabat Yang Tamakia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat Hipokrit ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat PengampuDia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat Pemboros dan Suka Hiburanmia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Perihal Sahabat

Mengekalkan persahabatan.
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

CARA-Cara memilih Sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:Pertama,Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua,Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga,Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat,Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Kelima, Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
"Mutiara Kata: "Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa!"

Persatuan dalam Islam

Persatuan Islam?
Tidak sedikit ulama Islam dari berbagai mazhab berbicara tentang persatuan umat Islam. Sebuah semboyan yang punya akar dalam al-Quran dan as-Sunah. Tidak hanya berbicara tentang persatuan tapi sebagian ulama menjadikannya sebagai semboyannya dan mengajak kaum muslimin untuk bersatu. Pertanyaannya, persatuan yang seperti apa yang diinginkan?
Imam Khomeini ra menetapkan tanggal 12- 17 Rabiul Awal sebagai pekan persatuan. Penetapan ini dengan alasan bahwa menurut pendapat Ahli Sunah, Rasulullah saw lahir pada tanggal 12 Rabiul Awal, sementara Syiah meyakini beliau lahir pada tanggal 17 Rabiul Awal. Ini satu contoh bahwa persatuan yang diinginkan oleh Imam Khomeini ra tidak statis hanya sebatas wacana, namun telah melangkah keluar menjadi sebuah sikap.
Setiap ulama punya cara tersendiri dalam menyikapi apa yang disebut sebagai persatuan. Di sini akan dijelaskan sedikit mengenai apa yang disebut persatuan umat Islam.
Ada beberapa gambaran dari persatuan umat Islam:
1. Persatuan dengan jalan menutup mata dari kenyataan sejarah.
Sangat mungkin dipahami dari persatuan kaum muslimin adalah menutup mata dari kenyataan sejarah. Bahwa sejarah Islam pernah mencatat kejadian-kejadian yang kelak menjadi prinsip sebuah akidah.
Persatuan dengan pemahaman seperti ini, memiliki dampak-dampak positif dan memberikan hasil yang baik. Namun, persatuan yang lahir dari cara pandang seperti ini adalah sebuah persatuan pemanis bibir dan tidak mendalam. Mengajak orang bersatu dengan berusaha menutup mata dari kenyataan sejarah dapat memberikan hasil hanya untuk sementara waktu. Persatuan model ini tidak akan bertahan lama dan langgeng. Karena orang tidak dapat memenjarakan pikiran orang lain. Bahkan lebih dari itu, problema yang dihadapi oleh umat Islam tidak dapat diselesaikan dengan baik tanpa melihat kenyataan sejarah. Cepat atau lambat, kenyataan sejarah itu akan muncul kembali.
Ulama juga tidak melihat ini sebagai cara terbaik dalam usaha mewujudkan persatuan umat Islam, sekalipun tidak melupakan bahwa dalam kondisi tertentu ide ini dapat memberikan solusi.

2. Persatuan dengan mengorbankan akidah.
Makna lain dari persatuan umat Islam adalah setiap mazhab Islam yang ada mengorbankan sebuah prinsip akidahnya demi mewujudkan sebuah persatuan. Sebagian dari akidah yang dimiliki dikorbankan demi sebuah persatuan Islam.
Persatuan dengan model seperti ini bukan termasuk solusi yang baik. Karena siapa saja yang meyakini kebenaran sebuah akidah, tidak akan meninggalkannya. Orang yang merasa bahwa akidahnya benar tidak akan mengorbankannya dengan alasan apapun. Apa lagi bila ia harus mengorbankannya atas sebuah keyakinan yang dianggap tidak benar.
Ulama tidak melihat ini sebagai jalan keluar yang baik dalam merumuskan substansi persatuan kaum muslimin.

3. Persatuan mazhab dan bukan Islam.
Slogan persatuan dapat juga diartikan sebagai persatuan antar mazhab dan bukan persatuan Islam. Hal ini dapat terwujudkan dengan pengikut setiap mazhab menjadikan sebuah mazhab sebagai ikutan bagi yang lain. Dengan disepakatinya sebuah mazhab dari mazhab-mazhab yang ada, mazhab yang lain lenyap dan bergabung dengan mazhab yang telah disepakati. Salah satu tolok ukurnya dapat dijadikan mazhab mayoritas sebagai mazhab yang disepakati bersama dan dengan sendirinya, mazhab-mazhab yang tidak punya pengikut mayoritas bergabung di dalamnya.
Cara pandang persatuan dengan model ini juga tidak akan menyelesaikan masalah dari akarnya. Masalahnya bukan seseorang mengikuti mazhab lain, tapi masalahnya adalah setiap mazhab mengakui secara resmi mazhab lain. Dalam pengakuan secara resmi inilah persatuan Islam dapat ditumbuhkan dengan hubungan timbal balik yang lebih baik. Komunikasi menjadi lebih mudah dan bersahabat. Dengan ini, perpecahan yang selama ini ada dapat diminimalkan.
4. Persatuan dalam sikap politik.

Pendekatan lain dalam melihat persatuan kaum muslimin adalah persatuan dalam sikap politik. Dalam kebijakan-kebijakan praktis menghadapi musuh, kaum muslimin hendaknya bersatu. Umat Islam bersatu dalam sebuah barisan dalam menghadapi musuh Islam.
Seringnya perselisihan dan konflik dalam tubuh umat Islam tidak memiliki akar masalah yang benar. Seringnya itu merupakan konspirasi musuh-musuh Islam agar lupa akan masalah yang sebenarnya. Dengan demikian, mengambil satu sikap dalam menghadapi musuh Islam merupakan sebuah keharusan. Itulah mengapa ulama Islam menerima model persatuan yang seperti ini. Karena persatuan model ini dapat melindungi Islam dan dunia Islam. Kebanyakan semboyan-semboyan yang diucapkan oleh para penyeru persatuan merujuk ke makna ini.

5. Persatuan dalam mendekatkan pemikiran.
Sebuah makna lain dari persatuan kaum muslimin adalah pendekatan. Dalam hal ini, persatuan tidak dipakai dalam makna literalnya. Karena memang tidak ada persatuan dalam arti bersatu atau menjadi satu. Persatuan yang seperti ini hanya berusaha untuk mendekatkan pemikiran setiap mazhab yang ada. Dengan artian, ada usaha untuk saling melakukan kajian dan dialog dengan tidak mengikutkan fanatik buta. Cara ini dapat mencairkan sebagian besar dari perselisihan yang ada di kalangan kaum muslimin.
Persatuan dan pendekatan pemikiran berbeda dengan penafsiran pertama tentang persatuan Islam. Di sini, setiap mazhab yang ada punya hak untuk tetap meyakini kebenaran akidahnya, namun kerancuan pemahamannya tentang mazhab lain dapat diselesaikan lewat kajian dan dialog yang sehat. Penafsiran ini lebih moderat dari penafsiran pertama dan karenanya, banyak ulama yang memaknai persatuan seperti ini.
Merenungi kembali makna-makna persatuan Islam, makna keempat dan lima merupakan pemaknaan yang lebih bisa diterima. Dalam tataran wacana dan teori, konsep persatuan Islam adalah pendekatan antar sesama mazhab untuk saling mengkaji dan meneliti mazhab lainnya agar kerancuan dan kesalahpahaman yang selama ini ada dapat dihilangkan. Dan, pada tataran praksis, ketika musuh Islam membahayakan Islam dan kaum muslimin, maka sikap yang harus dipilih adalah persatuan dan satu kata untuk menolak bahkan membela kaum muslimin di mana pun berada.[infosyiah]

PERSATUAN DAN MEMILIH TEMAN

DEFINISI
Persatuan boleh di definisikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai gabungan, ikatan, kumpulan, perikatan, syarikat dan perihal bersatu. Selain itu, ada juga pendapat mengatakan persatuan adalah bersatunya atau bergabungnya beberapa individu atau badan untuk suatu tujuan dalam bidang organisasi. Persatuan juga boleh diertikan sebagai hubungan sesuatu atau seseorang dengan sesuatu lainnya. Walaubagaimanapun, bersatunya individu, badan menjadi besar dan kuat untuk menciptakan rasa aman dan kebersamaan juga boleh diertikan sebagai persatuan.
Teman pula boleh di definisikan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai kawan, handai, sahabat, taulan, orang yang sama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap, sesuatu sebagai pelengakap atau jodoh. Manakala memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan, memilih perilaku dan memilih kulitas ilmu. Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, prilakunya menawan hati serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia harus sangat pandai memilih teman.

KONSEP UMUM

Terdapat sebuah Hadis yang sangat sesuai dijadikan suatu lambang bagi sebuah persatuan yang teguh dan kukuh kerana falsafah sangat berkesan sekali ke dalam jiwa manusia. Sesebuah persatuan yang berdiri diatas asas cinta-mencintai antara seorang dengan seorang yang lain adalah persatuan yang amat sempurna dalam semua seginya, sebab tidak akan ada satu masalah pun yang bakal dihadapi oleh persatuan itu melainkan dapat diselesaikan secara damai dan bertimbangrasa. Semua ahli-ahli akan melahirkan perasaan sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain, mengharapkan bagi saudaranya sesuatu yang ia sendiri menginginkannya bagi dirinya sendiri. Segala perasaan hasad dan dengki atau kurang senang terhadap saudara atau rakannya akan lenyap hilang.
Dari segi memilih teman pula, akan susah untuk seseorang berkembang fikirannya apabila bergaul dengan orang-orang malas. Selain itu, akan susah pula untuk meraih kemuliaan akhlak, apabila bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya. Maka tinggi rendahnya sifat seseorang manusia sangat dipengaruhi oleh sifat orang yang menjadi temannya.
Rasulullah s.a.w. juga pernah mengajar kita mencari seorang teman yang sejati. Teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita melakukan amal kebajikan. Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk memupuk ikatan persahabatan dan pendamaian antara bangsa-bangsa telah banyak mengecewakan daripada dapat manghasilkan sesuatu yang berguna untuk maslahat seluruh bangsa tidak kira besar atau kecil, kuat apatah lagi lemah. Dari sejak penubuhan itu, ia lebih banyak menimbulkan masalah baru daripada menyelesaikan masalah yang sudah sedia ada. Negara masing-masing memainkan peranan untuk mencari keuntungan sendiri, bukan atas kemanfaatan seluruh anggota, sehingga pertubuhan itu tinggal namanya sahaja sebagai sebuah badan yang mengusahakan ikatan yang bersatu padu. Tetapi, kenyataannya belawanan sekali, disebabkan perpecahan yang berlaku antara anggota-anggotanya kepada berbagai-bagai puak, yang masing-masing menjual pengaruhnya kepada yang lain, sama ada secara tipu helah atau paksaan dan tekanan politik. Oleh sebab itu, Negara-negara kecil yang miskin menjadi barang taruhan di tangan Negara-negara yang besar dan banyak wangnya, laksana buah catur, diletakkan di mana sahaja disukainya tanpa berdaya untuk menentang atau memprotes.
Adapun persatuan dan teman, ia tetap teguh dan kukuh antara satu peribadi dengan peribadi yang lain, antara sebuah negara dengan negara yang lain. Sekiranya ia benar-benar memegang syarat-syaratnya seperti yang di letakkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana cadangan ini berpangkal dari hati yang penuh keimanan kepada Allah dan RasulNya dan selagi keimanan itu teguh dan kuat di dalam hati, selagi itulah persatuan itu kekal dalam bentuk keadaannya, laksana anggota-anggota sebuah tubuh, yang bila salah satu darinya merasa sakit, maka mengadulah seluruh tubuh itu dalam satu nada dan suara yang sama.

BUKTI
BUKTI BAGI PERSATUAN

Berdasarkan Hadith:
عَن أبِي حَمزَةَ أَنَسِ بن مَالِكٍ رَضِيَ الله عنه، خَادِمِ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لاَ يُؤمِنُ أَحَدُكُم حتَّى يُحِبُّ لأَخِيهِ مَايُحِبُ لِنَفسِهِ
Maksudnya:
Dr Abu Hamzah, Anas Bin Malik radhiallahu-anhu, khadam Rasulullah s.a.w., dari Nabi s.a.w. berkata: Tiada beriman seseorang kamu, sehingga ia mencintai
saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Model persatuan ini memang perlu sekali bagi manusia moden yang hidup dalam zaman Teknologi ini, terutama sekali dalam peringkat perhubungan negara antara satu dengan yang lain. Model persatuan ini telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda dahulu, iaitu dari sejak mula tibanya di Kota Madinah apabila hijrahnya dari Kota Makkah. Tugas pertamanya yang dilaksanakan di sana adalah membentuk persatuan Muslimin dalam rupa Ukhwah Islamiah atau Persatuan Islam yang mana ternyata cukup efektif sekali serta dialu-alukan oleh kedua-dua pihak Muhajirin dan Ansar.
Firman Allah S.W.T.:
إِنَّمَا ألمُؤمنُونَ إِخوَةٌ
Terjemahannya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara”
Sebenarnya, dunia hari ini amat berhajat kepada persatuan baru seperti ukhwah islamiah untuk mengekalkan pendamaian dan keamanan dunia yang abadi, masing-masing hidup dengan cara dan keadaan yang dipilihnya sendiri, masing-masing saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tidak kira politiknya kanan atau kiri, pemerintahnya bercorak kapitalis, sosialis ataupun komunis, asalkan masing-masing hidup dengan caranya sendiri dan tidak mengancam atau mengganggu cara hidup orang lain.

BUKTI BAGI MEMILIH TEMAN
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya.”
Orang apa yang layak dijadikan teman dekat. Yang pertama dan utama adalah orang yang baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya.
Imam Ibnu Atha’illah dalm kitab Hikam mengatakan:
“Berteman seseorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang ‘alim yang selalu memperturutkan hawa nafsunya.”
Orang berilmu tapi memperturutkan hawa nafsu, biasanya akan membenarkan kemaksiatan yang dilakukannya dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis.
Ada baiknya berfikir sejenak, lihat siapa teman-teman dekat kita. Boleh jadi diri kita tidak pernah mengalami perubahan kerana salah memilih teman. Kita berteman akrab dengan orang-orang yang sifatnyadi bawah kita. Akibatnya kita rasa diri kita paling saleh, paling pintar dan paling hebat diantara teman-teman kita. Bila demikian, kita tertipu oleh kepintaran semua. Ketika kita salah melihat diri, kita pun akan salah langkah.
Lebih baik, kita berteman dengan orang-orang yang sifatnya jauh lebih baik, sehingga kita tidak merasa paling pintar dan paling saleh. Justeru kita akan merasa paling kurang. Saat berteman dengan orang-orang yang saleh, biasanya kita akan terangsang dan termotivasi untuk belajar dan mengejar ketertinggalan. Disebabkan itu, ada yang mengatakan kalau kita ingin menjadi ulama maka bergaullah dengan ulama, jika ingin menjadi pedagang, maka bergaullah dengan para pedagang, jika ingin menjadi seniman, maka bergaullah dengan seniman.

PERSATUAN DAN MEMILIH TEMAN YANG DITUNJUKKAN OLEH ISLAM
Ciri-Ciri
Allah s.w.t. mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah, bagi menghidupkan semangat cinta-mencintai antara sesame manusia dan mengikis dari dalam dirinya semangat lawannya, iaitu sifat benci-membenci, dengki dan hasad antara sesame mereka.
Apabila semangat kasih-sayang ini telah menyemarak di dalam hati mereka, akan terbentuklah sebuah masyarakat model yang bersatu-padu, kukuh dan kuat, tidak tercerai-berai atau berpecah-belah. Masing-masing saling menyayangi dan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan terhadap saudaranya dan mencuba untuk menghalang bencana darinya. Masyarakat serupa ini akan hidup sihat, bersih dari segala merbahaya dan kejahatan serta teratur hal ehwal dunua akhiratnya.
Disini menunjukkan persatuan dan memilih teman adalah berkait rapat. Dimana, dengan adanya persatuan dan teman akan membuatkan seseorang saling tolong-menolong, bekerjasama, mewujudkan rasa kasih-sayang antara mereka, tetapi untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa, saling hormat-menghormati dan dapat mewujudkan persefahaman antara satu sama lain dan secara tidak langsung perpaduan dan keamanan akan timbul.
Akhir kalam, berhati-hatilah memilih teman, walaubagaimanapun bertemanlah dan berpesatuan demi allah s.w.t.

RUJUKAN

Syed Ahmad Semat, 2000, Kuliah Sbubuh Membicarakan Hadis 40, Singapura
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Puataka
Riwayat AL-Bukhari dan Muslim, Hadis 40
Al-Quran, Al-Hujurat 49:10

Saturday, June 7, 2008

PERJANJIAN AQABAH

Pengenalan
>Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang. Tempat persinggahan. >Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang sebab pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw – wujud Aqabah 1 pada 621M.
>Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qinuqa’
>Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian peluk Islam. 621M

Perjanjian Aqabah Pertama:
*Berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas ke-Rasulan bersamaan bulan Julai 621 Masihi.
*Bertujuan mengangkat sumpah kepada Rasulullah s.a.w. menunujukkan kesetiaan kepada agama islam.
*Pihak yang terlibat adalah Rasulullah s.a.w. dan 12 orang lelaki Madinah
*Isi kandungan perjanjian tersebut adalah:
a) Tidak mensyirikkan Allah
b) Tidak mencuri
c) Tidak berzina
d) Tidak membunuh anak
e) Tidak menabur fitnah dan khianat
f) Tidak menderhaka kepada Rasulullah s.a.w.

DI DALAM perjanjian Aqabah yang pertama antara Nabi s.a.w. dengan
pemimpin Hazraj Madinah, sememangnya telah sempurna Islam para
pemimpin-pemimpin Muslimin Madinah itu. Soalnya, bagaimanakah corak Islam
pemimpin Madinah pada ketika itu, dan apa dia tanggungjawab yang dibebankan
ke atas mereka oleh Islam.

Tentang Islamnya para pemimpin Madinah bukanlah sekadar mengucap dua
kalimah syahadah semata-mata, tetapi apa yang diucapkan itu mesti dikuti
dengan keyakinan yang jazam di dalam hati. Mereka yakin bahawa tidak ada
tuhan yang benar-benar layak untuk diabdikan diri dan dipatuhi segala
perintah-Nya hanyalah Allah SWT, Tuhan yang mempunyai sifat-sifat
Kesempurnaan dan Kemuliaan, Tuhan yang Maha Berkuasa menciptakan
seluruh alam dan seisinya.

Demikian juga kesanggupan mereka untuk menjadi saksi bahawa Muhammad
bin Abdullah s.a.w. itu adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya yang diasuh oleh
Allah SWT dengan sempurna sejak dari zaman azali lagi. Para pemimpin Islam
di Madinah iltizam dengan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya, komitmen
itu tidak mudah digugat oleh apa jua cabaran dan rintangan, dalam keadaan
bagaimana sekalipun mereka tetap bersama kebenaran yang telah mendarah
daging itu.

Berasaskan prinsip bai'ah antara pemimpin umat Islam Madinah dengan Nabi
s.a.w., menjadikan cara hidup mereka diwarnai dengan keIslaman yang tulen.
Sama ada dari segi aqidah dan akhlaknya, segalanya bertunjangkan dengan
syariat Allah SWT.

Perkara utama yang dibai'ahkan dengan Rasulullah s.a.w. ialah larangan
mensyirikkan Allah SWT
dengan sesuatu apa juapun, apabila seseorang itu
syirik bererti kesetiaan terhadap Allah SWT telah berbelah bagi. Larangan syirik
menjadi agenda utama Nabi kerana masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi
s.a.w. telah lama bergelumang dengan syirik. Justeru Islam datang membawa
ajaran tauhid, demi kesejahteraan aqidah tauhid maka sekecil manapun syirik di
dalam hati seseorang mesti diperangi habis-habisan, supaya aqidah mereka
sejahtera dari kemusnahan.

Selain dari larangan syirik, termasuk juga di dalam bai'ah itu ialah larangan
mencuri, berzina, jangan bunuh anak perempuan. Tiga larangan selepas syirik
merupakan kejahatan yang sangat lumrah di kalangan umat Arab Jahiliyyah.
Mencuri dan berzina merupakan kesempatan yang sering diambil oleh
masyarakat jahiliyyah tanpa memikirkan kesan yang dialami oleh pihak yang
dimangsakan.

Begitu juga dengan amalan membunuh anak perempuan, ia adalah kesan dari
cara berfikir kaum Arab jahiliyyah yang amat dangkal. Ia dilakukan berdasarkan
bahawa memelihara anak perempuan tidak mendatangkan faedah, banyak masa
dan harta kekayaan yang digunakan untuk menjaga anak perempuan, tetapi ia
ibarat pelaburan yang mati. Pada pendapat mereka, apabila anak perempuan
sudah remaja dan berkahwin dengan orang lain, yang tinggal hanya penat sahaja.

Untuk dijadikan pekerja, tenaga wanita tidak sekuat mana dan tidak akan
memberikan pulangan yang baik. Jika berlaku peperangan tidak boleh dijadikan
tentera, tenaga wanita tidak sepadan untuk berdepan dengan tentera musuh yang
gagah perkasa, malah menjadi beban jika terpaksa berundur. Justeru itu mereka
lebih senang membunuhnya ketika masih kecil, daripada memeliharanya tanpa
mendatang sebarang keuntungan.

Demikian anggapan terhadap anak perempuan berdasarkan pemikiran jahiliyyah.
Oleh kerana Islam telah mengangkat martabat wanita, maka pemikiran jahiliyyah
itu mesti dihapuskan. Itulah sebabnya larangan membunuh anak perempuan
termasuk dalam bai'ah antara Nabi dengan pemimpin Arab Madinah dari
kalangan Hazraj, agar pemikiran songsang itu diganti dengan memuliakan kaum
wanita sebagai isteri yang disayangi dan juga sebagai ibu dihormati. Antara
ajaran Nabi yang menggambarkan kemuliaan kaum wanita ialah: "Syurga di
bawah telapak kaki ibu". Jika anak perempuan dibunuh sejak kecil, akhirnya
masyarakat manusia akan kehilangan calon-calon isteri dan juga calon ibu,
akibatnya kaum lelaki juga akan menerima padahnya jika tanpa pasangan hidup.

Dalam bai'ah itu termasuk juga larangan melakukan perkara keji seperti menuduh
dan memfitnah, dan jangan melakukan maksiat terhadap Nabi dalam perkara
yang makruf.

Melalui lima perkara larangan yang dimasukkan dalam bai'ah itu, menjadi isyarat
betapa Nabi s.a.w. telah membuktikan kebijaksanaan dalam perkara mentadbir
dan mengurus manusia. Kerana perkara yang terlarang di dalam Islam itu bukan
hanya lima perkara itu sahaja, tetapi peringkat permulaan manusia mendekati
Islam dan meninggalkan jahiliyyah, samada dengan hanya sekadar lima larangan
yang asas itu dahulu. Setelah umat Islam meningkat kefahaman dan
keyakinannya, maka boleh ditingkatkan lagi perkara-perkara larangan dan
suruhan itu.

Inilah ciri ciri-ciri utama untuk menjadi orang Islam dan membina masyarakat
Islam, maka lima perkara itu mesti diberi keutamaan. Perkara pokok terhadap
kesetiaan kepada Allah SWT ialah jangan mensyirikkan-Nya, kerana syirik
meruntuhkan aqidah. Masalah sesama manusia ialah jangan mencuri, kerana
perbuatan itu akan musnahkan keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat.
Demikian juga larangan berzina, adalah untuk menjaga maruah dan keturunan
manusia dari tercemar.

Dilarang melakukan suatu yang buruk terhadap Nabi s.a.w., kerana perbuatan itu
disifatkan sebagai tidak menghargai rahmat Allah SWT yang telah mengutus
Rasul yang telah menyelamatkan manusia dari kekufuran.

Lima perkara itu merupakan asas utama untuk pembentukan masyarakat, bukan
tugas Nabi mengajar manusia sekadar mengucap dua kalimah syahadah tetapi
membiarkan penyelewengan mereka, kejahatan dan kerosakan hasil dari kegiatan
jahiliyyah mereka. Sebaliknya tugas Nabi ialah mengajak manusia beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mengajar manusia tentang kewajipan
mematuhi perintah dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Memang betul seorang manusia boleh dipanggil Muslim apabila mengucap dua
kalimah syahadah setelah itu dia menghalalkan perkara yang dihalalkan dan
mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Tetapi satu perkara yang
perlu difahami iaitu apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah,
bererti mereka mesti mematuhi apa jua perintah-Nya kerana Allah SWT adalah
`HAKIM'. Dan apa jua sabda Nabi Muhammad s.a.w. mesti dijunjung, kerana
apa yang disabdakan itu bukan kemahuannya sendiri, sebaliknya ia adalah
perkara yang diwahyukan oleh Allah.

*Syarat Perjanjian:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
b. Membantu Nabi sawTidak mengamalkan amalan Jahiliyah
*Selepas perjanjian menghantar Mus’ab bin Umair ubtuk mendakwah.

Perjanian Aqabah Kedua
*Berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas ke-Rasulan bersamaan bulan Jun 622 Masihi
*Pihak yang terlibat adlah Rasulullah s.a.w. dan 73 orang lelaki serta dua orang wanita Madinah
*Isi kandungan perjanjian Aqabah yang kedua adalah:
a) Mentaati perintah Allah dan Rasul
b) Saling membantu semasa senang dan susah
c) Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
d) Berjihad menegakkan Islam
e) Membela kesucian Islam dan menjaga keselamatan Rasulullah s.a.w.
f) Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin
g) Sanggup bekerjasama dan membantu Rasulullah s.a.w. dan orang Islam
*Syaratnya :
a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
b. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
c. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam MakkahKesediaan mempertahankan Islam.

Kesan Perjanjian
a. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d. Jaminan dan keselamtan orang Islam Makkah terjamin
e. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g. Megembalikan keaman dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.
h. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.

Thursday, May 29, 2008

MUTIARA KATA

  1. ORANG BODOH SELALU BANYAK CAKAP HINGGA MEMBERI GAMBARAN KEBODOHAN DIRINYA SENDIRI MANAKALA ORANG YANG BIJAK LEBIH BERSIFAT PENDIAM DAN TIDAK SESEKALI MENDEDAHKAN KEKURANGAN DAN KEBODOHAN YANG DIMILIKI….
  2. MENCARI SUSAH ITU SENANG TAPI MENYUSAHKAN AKAN TETAPI MENCARI SENANG ITU SUSAH TAPI MENYENANGKAN.
  3. MEMANG SUKAR BAGI KAMU UNTUK MENILAI SESEORANG, TETAPI JANGAN MENYUKARKAN DIRIMU UNTUK MENILAI KASIH SAYANG TUHAN..
  4. HARGAILAH APA YANG ADA SEBELUM IA TIADA..