Tuesday, June 10, 2008

PERSATUAN DAN MEMILIH TEMAN

DEFINISI
Persatuan boleh di definisikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai gabungan, ikatan, kumpulan, perikatan, syarikat dan perihal bersatu. Selain itu, ada juga pendapat mengatakan persatuan adalah bersatunya atau bergabungnya beberapa individu atau badan untuk suatu tujuan dalam bidang organisasi. Persatuan juga boleh diertikan sebagai hubungan sesuatu atau seseorang dengan sesuatu lainnya. Walaubagaimanapun, bersatunya individu, badan menjadi besar dan kuat untuk menciptakan rasa aman dan kebersamaan juga boleh diertikan sebagai persatuan.
Teman pula boleh di definisikan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai kawan, handai, sahabat, taulan, orang yang sama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap, sesuatu sebagai pelengakap atau jodoh. Manakala memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan, memilih perilaku dan memilih kulitas ilmu. Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, prilakunya menawan hati serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia harus sangat pandai memilih teman.

KONSEP UMUM

Terdapat sebuah Hadis yang sangat sesuai dijadikan suatu lambang bagi sebuah persatuan yang teguh dan kukuh kerana falsafah sangat berkesan sekali ke dalam jiwa manusia. Sesebuah persatuan yang berdiri diatas asas cinta-mencintai antara seorang dengan seorang yang lain adalah persatuan yang amat sempurna dalam semua seginya, sebab tidak akan ada satu masalah pun yang bakal dihadapi oleh persatuan itu melainkan dapat diselesaikan secara damai dan bertimbangrasa. Semua ahli-ahli akan melahirkan perasaan sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain, mengharapkan bagi saudaranya sesuatu yang ia sendiri menginginkannya bagi dirinya sendiri. Segala perasaan hasad dan dengki atau kurang senang terhadap saudara atau rakannya akan lenyap hilang.
Dari segi memilih teman pula, akan susah untuk seseorang berkembang fikirannya apabila bergaul dengan orang-orang malas. Selain itu, akan susah pula untuk meraih kemuliaan akhlak, apabila bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya. Maka tinggi rendahnya sifat seseorang manusia sangat dipengaruhi oleh sifat orang yang menjadi temannya.
Rasulullah s.a.w. juga pernah mengajar kita mencari seorang teman yang sejati. Teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita melakukan amal kebajikan. Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk memupuk ikatan persahabatan dan pendamaian antara bangsa-bangsa telah banyak mengecewakan daripada dapat manghasilkan sesuatu yang berguna untuk maslahat seluruh bangsa tidak kira besar atau kecil, kuat apatah lagi lemah. Dari sejak penubuhan itu, ia lebih banyak menimbulkan masalah baru daripada menyelesaikan masalah yang sudah sedia ada. Negara masing-masing memainkan peranan untuk mencari keuntungan sendiri, bukan atas kemanfaatan seluruh anggota, sehingga pertubuhan itu tinggal namanya sahaja sebagai sebuah badan yang mengusahakan ikatan yang bersatu padu. Tetapi, kenyataannya belawanan sekali, disebabkan perpecahan yang berlaku antara anggota-anggotanya kepada berbagai-bagai puak, yang masing-masing menjual pengaruhnya kepada yang lain, sama ada secara tipu helah atau paksaan dan tekanan politik. Oleh sebab itu, Negara-negara kecil yang miskin menjadi barang taruhan di tangan Negara-negara yang besar dan banyak wangnya, laksana buah catur, diletakkan di mana sahaja disukainya tanpa berdaya untuk menentang atau memprotes.
Adapun persatuan dan teman, ia tetap teguh dan kukuh antara satu peribadi dengan peribadi yang lain, antara sebuah negara dengan negara yang lain. Sekiranya ia benar-benar memegang syarat-syaratnya seperti yang di letakkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana cadangan ini berpangkal dari hati yang penuh keimanan kepada Allah dan RasulNya dan selagi keimanan itu teguh dan kuat di dalam hati, selagi itulah persatuan itu kekal dalam bentuk keadaannya, laksana anggota-anggota sebuah tubuh, yang bila salah satu darinya merasa sakit, maka mengadulah seluruh tubuh itu dalam satu nada dan suara yang sama.

BUKTI
BUKTI BAGI PERSATUAN

Berdasarkan Hadith:
عَن أبِي حَمزَةَ أَنَسِ بن مَالِكٍ رَضِيَ الله عنه، خَادِمِ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لاَ يُؤمِنُ أَحَدُكُم حتَّى يُحِبُّ لأَخِيهِ مَايُحِبُ لِنَفسِهِ
Maksudnya:
Dr Abu Hamzah, Anas Bin Malik radhiallahu-anhu, khadam Rasulullah s.a.w., dari Nabi s.a.w. berkata: Tiada beriman seseorang kamu, sehingga ia mencintai
saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Model persatuan ini memang perlu sekali bagi manusia moden yang hidup dalam zaman Teknologi ini, terutama sekali dalam peringkat perhubungan negara antara satu dengan yang lain. Model persatuan ini telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda dahulu, iaitu dari sejak mula tibanya di Kota Madinah apabila hijrahnya dari Kota Makkah. Tugas pertamanya yang dilaksanakan di sana adalah membentuk persatuan Muslimin dalam rupa Ukhwah Islamiah atau Persatuan Islam yang mana ternyata cukup efektif sekali serta dialu-alukan oleh kedua-dua pihak Muhajirin dan Ansar.
Firman Allah S.W.T.:
إِنَّمَا ألمُؤمنُونَ إِخوَةٌ
Terjemahannya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara”
Sebenarnya, dunia hari ini amat berhajat kepada persatuan baru seperti ukhwah islamiah untuk mengekalkan pendamaian dan keamanan dunia yang abadi, masing-masing hidup dengan cara dan keadaan yang dipilihnya sendiri, masing-masing saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tidak kira politiknya kanan atau kiri, pemerintahnya bercorak kapitalis, sosialis ataupun komunis, asalkan masing-masing hidup dengan caranya sendiri dan tidak mengancam atau mengganggu cara hidup orang lain.

BUKTI BAGI MEMILIH TEMAN
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya.”
Orang apa yang layak dijadikan teman dekat. Yang pertama dan utama adalah orang yang baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya.
Imam Ibnu Atha’illah dalm kitab Hikam mengatakan:
“Berteman seseorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada dengan berkawan seorang ‘alim yang selalu memperturutkan hawa nafsunya.”
Orang berilmu tapi memperturutkan hawa nafsu, biasanya akan membenarkan kemaksiatan yang dilakukannya dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis.
Ada baiknya berfikir sejenak, lihat siapa teman-teman dekat kita. Boleh jadi diri kita tidak pernah mengalami perubahan kerana salah memilih teman. Kita berteman akrab dengan orang-orang yang sifatnyadi bawah kita. Akibatnya kita rasa diri kita paling saleh, paling pintar dan paling hebat diantara teman-teman kita. Bila demikian, kita tertipu oleh kepintaran semua. Ketika kita salah melihat diri, kita pun akan salah langkah.
Lebih baik, kita berteman dengan orang-orang yang sifatnya jauh lebih baik, sehingga kita tidak merasa paling pintar dan paling saleh. Justeru kita akan merasa paling kurang. Saat berteman dengan orang-orang yang saleh, biasanya kita akan terangsang dan termotivasi untuk belajar dan mengejar ketertinggalan. Disebabkan itu, ada yang mengatakan kalau kita ingin menjadi ulama maka bergaullah dengan ulama, jika ingin menjadi pedagang, maka bergaullah dengan para pedagang, jika ingin menjadi seniman, maka bergaullah dengan seniman.

PERSATUAN DAN MEMILIH TEMAN YANG DITUNJUKKAN OLEH ISLAM
Ciri-Ciri
Allah s.w.t. mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah, bagi menghidupkan semangat cinta-mencintai antara sesame manusia dan mengikis dari dalam dirinya semangat lawannya, iaitu sifat benci-membenci, dengki dan hasad antara sesame mereka.
Apabila semangat kasih-sayang ini telah menyemarak di dalam hati mereka, akan terbentuklah sebuah masyarakat model yang bersatu-padu, kukuh dan kuat, tidak tercerai-berai atau berpecah-belah. Masing-masing saling menyayangi dan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan terhadap saudaranya dan mencuba untuk menghalang bencana darinya. Masyarakat serupa ini akan hidup sihat, bersih dari segala merbahaya dan kejahatan serta teratur hal ehwal dunua akhiratnya.
Disini menunjukkan persatuan dan memilih teman adalah berkait rapat. Dimana, dengan adanya persatuan dan teman akan membuatkan seseorang saling tolong-menolong, bekerjasama, mewujudkan rasa kasih-sayang antara mereka, tetapi untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa, saling hormat-menghormati dan dapat mewujudkan persefahaman antara satu sama lain dan secara tidak langsung perpaduan dan keamanan akan timbul.
Akhir kalam, berhati-hatilah memilih teman, walaubagaimanapun bertemanlah dan berpesatuan demi allah s.w.t.

RUJUKAN

Syed Ahmad Semat, 2000, Kuliah Sbubuh Membicarakan Hadis 40, Singapura
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Puataka
Riwayat AL-Bukhari dan Muslim, Hadis 40
Al-Quran, Al-Hujurat 49:10

No comments: